Peraturan Peraduan Grand Choice dari InstaForex
1. Peruntukan Umum
-
- 1.1 Nama peraduan ialah Peraduan Grand Choice dari InstaForex
(selepas ini dirujuk, Peraduan).
- 1.2 Peraduan ini dianjurkan oleh Kumpulan InstaFintech (selepas ini dirujuk, Penganjur).
- 1.3 Di dalam Peraduan, ia menawarkan ganjaran kereta premium berikut:
- Lamborghini Urus
- Porsche Cayenne GTS
- Mercedes-Benz G-Klass
- Maserati Levante
- Tesla Model S Plaid
- 1.4 Peraduan ini diadakan dari 26 Disember 2022 hingga 12 Disember 2025 (selepas ini dirujuk, tempoh Peraduan).
2. Peserta Peraduan
-
- 2.1 Pemilik akaun dagangan nyata dengan InstaForex yang telah mencapai usia sah dan berkemampuan dari segi undang-undang boleh mengambil bahagian dalam Peraduan (selepas ini dirujuk, Peserta).
- 2.2 Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan, Peserta hendaklah mengisi semula dana sekurang-kurangnya AS$1,000 ke dalam akaun dagangan nyata InstaForex mereka dalam tempoh Peraduan dan mendaftar untuk menyertainya. Deposit minimum yang diperlukan untuk ahli Kelab InstaForex mengambil bahagian dalam Peraduan ini ialah AS$500.
- 2.3 Peserta dibenarkan untuk mempunyai beberapa akaun dagangan untuk mendaftar menyertai Peraduan sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk menang. Namun begitu, sekiranya didapati terdapat lebih daripada 100 akaun didaftarkan untuk Peraduan, Pihak Pentadbiran Kempen dan Peraduan berhak untuk mengurangkan bilangan akaun dagangan Peserta kepada 100 akaun sahaja.
- 2.4 Peraduan ini tersedia untuk mana-mana akaun dagangan nyata yang memenuhi syarat berikut: A - B + C > AS$1,000, di mana A ialah jumlah amaun yang didepositkan dari 26 Disember 2022, B ialah amaun yang dikeluarkan dari 26 Disember 2022, dan C ialah hasil dagangan. Dalam kes С<0, syaratnya dipermudahkan kepada А - В > AS$1,000. Bagi pemilik kad Kelab InstaForex, akaun mesti memenuhi syarat berikut: A - B + C > AS$500, di mana A ialah jumlah deposit dari 26 Disember 2022, B ialah jumlah pengeluaran dari 22 Disember 2022, C ialah hasil dagangan. Dalam kes С<0, syaratnya adalah seperti berikut: А - В > $500.
3. Syarat Dagangan
-
- 3.1 Semua pesanan dagangan yang dibuka pada harga luar pasaran akan dibatalkan.
- 3.2 Peserta dibenarkan untuk menggunakan mana-mana penasihat pakar dan strategi dagangan.
- 3.3 Peserta boleh menukar jenis akaun dagangan mereka kepada Bebas Swap (atau sebaliknya) dengan menghubungi Jabatan Khidmat Sokongan Pelanggan.
- 3.4 Syarat dagangan selebihnya yang digunakan untuk akaun Peserta adalah sama seperti yang digunakan untuk akaun dagangan nyata dengan InstaForex.
4. Penentuan Pemenang
-
- 4.1 Penentuan pemenang dalam Peraduan Grand Choice dari kempen InstaForex (selepas ini dirujuk, Pemenang Peraduan)
- 4.1.1 Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada 5 digit terakhir akaun dagangan mereka (tidak kira jika ia mengandungi 5, 6 atau 7 digit). Jika 5 digit ini adalah bertepatan dengan nombor Premium, pemilik akaun ini akan diumumkan sebagai Pemenang Peraduan.
- 4.1.2 Pada jam 23:59, Jumaat, 12 Disember 2025, kadar penutupan pasaran bagi pasangan mata wang berikut hendaklah ditetapkan:
- Digit nombor Premium pertama – digit kedua terakhir kadar penutupan pasangan mata wang EURUSD
- Digit nombor Premium kedua – digit terakhir kadar penutupan pasangan mata wang GBPUSD
- Digit nombor Premium ketiga – digit terakhir kadar penutupan pasangan mata wang USDJPY
- Digit nombor Premium keempat – digit terakhir kadar penutupan pasangan mata wang USDCHF
- Digit nombor Premium kelima – digit terakhir kadar penutupan pasangan mata wang USDCAD
- 4.1.3 Sekiranya nombor akaun adalah bertepatan dengan nombor Premium yang tidak didaftarkan untuk Peraduan, akaun sebelumnya atau yang berikutnya akan diisytiharkan sebagai pemenang. Pemenang dipilih berdasarkan kepada saiz deposit maksimum, dikira dengan kaedah berikut: A - B + C.
- 4.1.4 Jika terdapat beberapa nombor akaun yang bertepatan dengan nombor Premium yang dijana, iaitu akaun 5 digit, 5 digit terakhir akaun 6 digit dan 5 digit terakhir akaun 7 digit, maka yang utama hadiah akan diberikan kepada pemegang akaun dengan saiz deposit maksimum. Deposit maksimum ditentukan berdasarkan kepada formula berikut: A - B + C.
5. Penerbitan Keputusan
-
- 5.1 Statistik negara dan wilayah di mana akaun Peraduan telah didaftarkan mungkin tertakluk kepada pendedahan.
- 5.2 Keputusan Peraduan akan diterbitkan dalam tempoh 45 hari selepas ia berakhir, apabila semua proses pemeriksaan selesai.
- 5.3 Keputusan Peraduan dan gambar sekitar majlis penyampaian hadiah akan diterbitkan di www.instaforex.com dan dikeluarkan di beberapa media TV dan media cetak.
6. Penerimaan Hadiah
-
- 6.1. Peruntukan Umum.
- 6.1.1 Dalam tempoh 20 hari selepas keputusan Peraduan diumumkan, Pemenang dan Penganjur akan menyelaraskan tarikh, masa dan lokasi majlis penyampaian hadiah melalui panggilan telefon.
- 6.1.2 Setelah akaun dagangan yang menang ditentukan, Penganjur akan menyemak maklumat tentang Pemenang dan kesahihan penyertaan mereka dalam Peraduan mengikut perenggan 2.1. - 2.3. daripada Syarat dan Terma Peraduan ini. Jika didapati terdapat pemalsuan data atau Pemenang tidak layak untuk menyertai Peraduan, keputusan Peraduan akan diumumkan sebagai tidak sah.
- 6.1.3 Sekiranya prosedur penerimaan hadiah dilanggar oleh Pemenang (ketiadaan ID, tamat tempoh sah ID, dll.) Penganjur berhak untuk menolak memberikan hadiah kepada Pemenang.
- 6.2 Penerimaan Hadiah Utama.
- 6.2.1 Pemenang berhak untuk memilih salah satu daripada lima kereta premium.
- 6.2.2 Pemenang akan menerima hadiah utama di mana-mana pejabat perwakilan syarikat di Kaliningrad atau Moscow (Persekutuan Rusia), atau hadiah boleh dihantar ke mana-mana lokasi lain atas persetujuan Pemenang.
- 6.2.3 Pemenang Peraduan berhak menerima hadiah hanya selepas memberikan pasport yang sah atau sebarang dokumen pengenalan lain dan selepas menandatangani sijil penerimaan. Sijil penerimaan hendaklah termasuk data peribadi Peserta berikut: nama penuh, tarikh lahir, data ID, dan nombor telefon dengan kod negara dan bandar. Sekiranya Pemenang enggan memberikan maklumat tersebut, Penganjur berhak untuk menolak memberikan hadiah kepada Pemenang.
- 6.2.4 Sekiranya Pemenang Peraduan tidak dapat menerima hadiah, kontrak boleh dibuat dengan orang lain berdasarkan surat kuasa wakil yang ditandatangani oleh Pemenang.
- 6.2.5 Selepas menerima hadiah, Pemenang Peraduan bertanggungjawab untuk membayar cukai dan bayaran wajib lain yang ditetapkan oleh perundangan semasa.
- 6.2.6 InstaForex bertanggungjawab untuk penghantaran kereta ke tempat kediaman Pemenang. Walau bagaimanapun, Pemenang bertanggungjawab membayar cukai dan caj yang berkaitan.
- 6.2.7 Pemenang berhak untuk memilih akaun dagangan dengan wang berjumlah AS$200 000 sebagai penganti kereta.
Akaun ini akan mempunyai beberapa ciri khas:
- deposit awal sebanyak AS$200 000 akan dikreditkan ke dalam akaun dagangan hanya selepas Pemenang melepasi pengesahan dua peringkat;
- deposit awal sebanyak AS$200 000 tidak boleh dikeluarkan. Walau bagaimanapun, 50% daripada keuntungan yang diperoleh daripada AS$200 000 boleh dikeluarkan tanpa sekatan;
- bilangan maksimum dagangan dibuka tidak boleh melebihi 10 dari jumlah volum yang tidak melebihi 600 lot;
- volum dagangan minimum ialah 6 lot;
- pemenang dilarang menggunakan strategi dagangan sedemikian termasuk membuka dagangan satu arah sekali-sekala dengan volum tertinggi atau membentuk dagangan sedemikian dengan membuka beberapa pesanan satu arah;
- jumlah maksimum keuntungan yang tersedia untuk pengeluaran daripada akaun dagangan bersamaan dengan jumlah dua kali ganda daripada jumlah hadiah.
- 6.2.8 Pemenang bersetuju bahawa selepas pengeluaran dibuat, hadiah dibatalkan sepenuhnya.
7. Peruntukan Akhir
-
- 7.1 Penganjur akan mengambil apa jua langkah untuk melindungi data yang berkaitan dengan Peraduan daripada capaian yang tidak dibenarkan dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang maklumat kepada pihak ketiga.
- 7.2 Fakta pendaftaran untuk Peraduan menandakan bahawa Peserta telah bersetuju dengan tindakan berikut sekiranya diumumkan sebagai pemenang:
-
wawancara termasuk stesen radio, televisyen dan media lain;
- penggunaan gambar mereka (foto, dll.) oleh Penganjur untuk tujuan pengiklanan;
- penggunaan nama mereka oleh Penganjur untuk tujuan pengiklanan tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan;
- hak cipta bahan pengiklanan yang dibuat dengan menggunakan item yang dinyatakan di atas adalah terpelihara oleh Penganjur.
- 7.3 Semua pertikaian dan perselisihan faham yang mungkin timbul semasa Peraduan berlangsung dan mengenai keputusan Peraduan hendaklah diselesaikan melalui rundingan.
- 7.4
7.4. Pendaftaran untuk Peraduan bermaksud pengakuan dan penerimaan peraturan dan syaratnya.
- 7.5 Jika Pemenang enggan mengikut mana-mana peraturan di atas, penyertaan mereka akan tertakluk kepada pembatalan.
8. Bahasa Peraturan Peraduan
-
- 8.1 Bahasa Peraturan semasa adalah dalam bahasa Inggeris.
- 8.2 Untuk kemudahan pelanggan, Penganjur boleh menyediakan terjemahan Peraturan ini ke dalam bahasa lain. Versi Terjemahan Peraturan hanya disediakan untuk tujuan maklumat semata-mata.
- 8.3 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi dalam bahasa Inggeris dan terjemahannya, versi bahasa Inggeris akan menjadi keutamaan.
Halaman utama Peraduan
Kira peluang
Pendaftaran