Penanda impulsif TRIX dicadangkan oleh pakar analisis J. Huston untuk kegunaan perdagangan juga sebagai analisis perubahan arah harga.Penanda ini juga boleh dijadikan sebagai instrumen yang membolehkan penapisan perubahan harga yang tidak ketara berkenaan dengan aliran pasaran yang besar dengan mengambil kira kitaran yang besar.
Formula
TRIX = K%(EMAn (EMAn ( EMAn))), dimana
K% diambil berkenaan dengan tempoh yang sebelumnya
Pengunaan perdagangan
Penanda TRIX merupakan instrumen yang menunjukkan cerun tiga kali ganda EMA yang lancar.
Mengambil kira bahawa penanda mengukur tahap perubahan dalam penutupan harga,pertumbuhan garisan penanda melambangkan mengenai kemungkinan aliran menaik yang mantap.Pada masa yang sama,jika nilai penanda berkurangan,maka pergerakkan penurunan harga sedang berlaku.Maka,jika penanda melintasi garisan sifar pada mana-mana arah,ia bermakna bahawa harga boleh terus untuk berkembang dengan sejajarnya.
Apabila menggunakan penanda TRIX,sila beri perhatian kepada tingkah laku pada garisan isyarat berhubung kepada garisan aliran penanda.Isyarat beli muncul jika TRIX melintasi garisan isyarat menaik manakala isyarat jual muncul jika penanda melintasinya ke arah bawah.
Penanda ini dimiliki oleh impulsif, inilah sebab mengapa ianya sempurna digunakan ketika pergerakkan aliran yang kuat.Tetapi apabila pasaran mendatar,banyak isyarat yang salah boleh didapati.
Penanda diuji untuk penggunaan sistem perdagangan mekanikal yang membuktikan bahawa isyarat yang paling menguntungkan untuk TRIX ialah melintasi garisan isyarat.Melintasi garisan sifar boleh dianggap sebagai kemungkinan penerusan perubahan harga berbanding isyarat ke arah pembukaan posisi ke arah penembusan tahap sifar.
InstaForex TRIX Parameters
TRIX_period = 13
Signal + period = 8
Count_bars = 1500