Petunjuk Aroon telah diperkenalkan oleh Tushar Chande pada tahun 1995, Pengurus Capital Management Tuscarora. Penunjuk ini digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan arah aliran dagangan. instrumen teknikal ini juga berfungsi untuk melaporkan arah aliran menaik, arah aliran menurun dan kemungkinan bahawa ia akan berbalik atau berterusan.
Formula
Aroon Kenaikkan = ((Jumlah tempoh - Tempoh sejak harga tertinggi) / jumlah tempoh) * 100
Aroon Penurunan = ((Jumlah tempoh - tempoh sejak harga terendah) / jumlah tempoh) * 100
Kaedah Dagangan
kaedah penggunaan klasik bagi petunjuk Aroon digunakan dalam pasaran saham dan komoditi, tetapi ianya tidak boleh digunakan dalam pasaran mata wang hari ini.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam keadaan pasaran yang salah dan ia adalah perlu untuk memilih isyarat lebih tepat yang dihasilkan oleh petunjuk.
Isyarat utama bagi Petunjuk Aroon akan dinyatakan apabila Aroon Kenaikan (digambarkan sebagai garisan biru) dan Aroon Penurunan (digambarkan sebagai garisan merah) melintasi satu sama lain.
Apabila Aroon Kenaikan melintasi Aroon Menurun dari tahap atas, maka ia akan menunjukkan kebarangkalian pergerakkan arah aliran menaik pada jangka sederhana. Oleh itu, apabila Aroon Kenaikkan melintasi Aroon Penurunan dari arah atas, maka anda perlu bersiap-sedia dengan pesanan pada isyarat asas ini.
Senario alternatif yang meliputi Aroon Kenaikan melintasi Aroon Penurunan dari arah atas, menunjukkan bahawa arah aliran penurunan berpotensi untuk berlaku dan oleh itu, ia adalah lebih baik bagi para pedagang mengambil kedudukan menjual. Penutupan tawaran boleh dilakukan apabila terdapat pembalikan melintasi garisan isyarat.
Apabila isyarat menunjukkan lebih daripada 40 peratus dan ke bawah - 40 peratus, maka ia boleh dipanggil sebagai zon melampau (bukan zon keadaan oversold/overbought), di mana ia akan meningkatkan nilai isyarat dan boleh mengakibatkan pengukuhan harga yang selanjutnya.
Isyarat dagangan yang lebih kuat adalah perbezaan di antara tindakan harga dan Aroon Kenaikkan.
Sekiranya Aroon Kenaikkan bergerak naik apabila keluk harga jatuh, maka ini bermakna bahawa arah aliran harga adalah berkemungkinan akan berbalik daripada pergerakkan arah bawah ke arah atas. (isyarat perbezaan).
Sekiranya Aaron Kenaikkan bergerak turun apabila harga berada dalam pergerakkan aliran menaik, maka harga dijangkakan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah.
Parameter Aroon InstaForex
Tempoh_Aroon = 9